Iman itu berdiri diatas empat pondasi : kesabaran,keyakinan,keadilan, dan jihad. Sedangkan kesabaran mempunyai empat sendi : kerinduan, kehawatiran, kezuhudan dan kesiapan ( waspada ). Barang siapa yang rindu akan syurga, dia akan berpaling dari tuntutan hawa nafsunya. Barang siapa yang takut akan api neraka, maka dia akan menjauhi hal-hal yang terlarang. Barang siapa yang zuhud ( tidak rakus ) terhadap dunia, akan menganggap ringan segala musibah. Dan barang siapa yang bersiap-siap menghadapi kematian, dia akan bersegera mengerjakan kebaikan. Jihad juga mempunyai empat asas : Memerintah kepada kebaikan dan menegah hal yang munkar, jujur ( tetap tangguh ) disetiap tempat ( medan laga ) dan benci kepada orang fasik.. Barang siapa yang menyuruh kepada kebaikan, maka dia telah memperkokoh kekuatan kaum muslimin, dan barang siapa yang mencegah kemunkaran maka telah membuat terhinanya kaum kafirin, Dan barang siapa yang jujur ( tangguh ) disetiap keadaan, maka ia telah melaksanakan kewajibannya. Dan barang siapa yang benci kepada kaum fasik dan marah karena Allah, maka Allah juga akan marah untuknya ( karena membelanya ) dan akan merelakannya itu di hari kiamat. IMAM ALI bin ABI THOLIB
bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan beberapa langkah. mungkin diperlukan beberapa aksi untuk menyiapkan perkara itu. dan semua masalah tidak akan selesai dengan melarikan diri dari masalah tapi masalah akan selesai jika kita sabar menghadapinya walaupun susah. melarikan diri dari masalah bukan pilihan yang tepat apatah lagi jika masalah lama dan masalah baru betimbun. semuanya hanya akan menyababkan manusia hilang pertimbangan dan meletus seperti gunung berapi. akhirnya membawa kemusanahan pada diri sendiri dan lagi teruk menyakiti orang yang disekeliling, baik yang dibenci dan disayangi.
marah itu adalah fitrah bagi manusia. cuma tergantung bagaimana seseorang itu mengawal kemarahannya. lagi baik jika amarahnya tidak diketahui oleh orang lain. tapi bukan semua kemarahan boleh dipendam. marah yang dipendam akan menyebabkan kebencian. kebencian ini secara tidak langsung merosakkan diri dari dalam dan memusnahkan diri dari luar.
dalam diri manusia itu ada emosi dan perasaan. manusia itu penuh dengan emosi. emosi inilah membezakan kita dan manusia lain. membezakan laki-laki dan perempuan. membezakan dewasa dan anak-anak. emosi ini memberikan kita warna kehidupan. ada rasa senang, gembira, sedih, marah, cinta, benci dan lain-lain lagi. tergantung pada orang bagaimana perasaan dia ketika itu.
manusia itu merupakan makhluk yang tergantung. mengantungkan diri pada kuasa yang maha hebat. bergantung pada tuhan adalah fitrah seorang manusia. tapi sejauh manakah kita merasakan ketergantungan kita pada tuhan atau pernahkah kita merasakan kita ini mhkluk tergantung. jangan sombong pada tuhan. ambillah masa untuk berdoa. doa itu merupakan satu-satunya komunikasi 2 hala antara manusia dan tuhan.
kesimpulannya manusia itu makhluk yang penuh dengan perasaan dan masalah. tuhan adalah tempat kita menggantungkan diri kita dan menyerahkan segala-galanya. andai diri ini dalam keadaan yang penuh dengan masalah dan dipengaruhi oleh emosi negatif, mengadulah pada tuhan yang maha Esa. dan percayalah dia akan mendengar keluhan hambaNya kerana Dia suka mendengar. Apatah lagi keluhan-keluhan hambanya. Dan ingat, jangan sesekali lari dari masalah kerana masalah tidak akan selesai dengan berlari.
0 komentar:
Posting Komentar